Friday, 13 February 2015

~Perginya Seorang Pejuang Islam : Tuan Guru Nik Aziz~

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedang aku sibuk mengulangkaji subjek untuk paper production planning and control untuk final exam esok, tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita pemergian Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Allahu.. Sebaknya.. Speechless.. Aku rasa numb (tak tahu nak describe feeling tu dalam bahasa Melayu).


Malam ini, hari Jumaat, tanggal 12 Februari 2015, jam 9.40, TGNA telah kembali ke rahmatullah di rumah beliau di Pulau Melaka. Sebelum ini, tahap kesihatan TGNA merosot kerana penyakit kanser prostat dan dirawat di HUKM Kelantan. Sesungguhnya, tarikh 12 Februari ini menyaksikan kita pemergian dua orang tokoh ulama penting iaitu Imam Syahid Hassan al-Banna dan juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Akhir kalam, semoga Allah memberkati segala penat lelah TGNA menegakkan Islam di muka bumi ini. Selamat berehat Tuan Guru. Damailah di alam sana. Al-Fatihah~

Berikut adalah biodata ringkas TGNA

  • Nama: Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
  • Tarikh lahir: 1931
  • Tempat lahir: Kampung Pulau Melaka, Kelantan
  • Nama Bapa: Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Mamat (merupakan keturunan Raja Jembal)
  • Sedikit trivia tentang TGNA:
             1- Berasal dari keluarga yang sangat berpegang kuat pada Islam
             2- Beliau belajar kitab-kita daripada bapanya dan beljar menulis daipada ibunya
             3- Dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kita Nahu yang agak tinggi) pada usia yang muda  setanding dengan murid-murid yang lebih tua



No comments:

Post a Comment