Bismillahirrahmanirrahim...
Uhuk, uhuk, uhuk. Berhabuk sangat blog ni. Banyak jugak sawang yang nak kena bersihkan ni. Biasalah sibuk sikit dengan macam-macam perkara sampai tak sempat nak menziarahi blog ni. Untuk kali ini, aku nak berkongsi tips-tips memilih tajuk final year project a.k.a FYP ataupun dalam bahasa melayunya orang sebut Projek Semester Akhir. Kalau kat UNITEN, memang biasanya panggil FYP je. Senang nak sebut. 3 huruf je. :p
Ok, back to the main topic iaitu FYP. Apa itu FYP? FYP stands for Final Year Project; iaitu satu projek besar yang perlu dibuat oleh mahasiswa yang sedang menuntut dalam tahun akhir pengajian. Kalau kat UNITEN, tempoh masa untuk menyiapkan FYP ialah selama dua semester. Untuk pengiraan CGPA, FYP dibahagikan kepada dua iaitu FYP 1 bagi semester 7 dan FYP 2 bagi semester 8. Kebiasaannya, student sendiri yang perlu propose tajuk kepada supervisor dan perlu mendapatkan pengesahan tajuk sebelum memulakan projek. Part pilih tajuk ni amatlah mencabar sebab tajuk mungkin kena reject dengan supervisor kalau tak sesuai dengan bidang yang kita pelajari.
Ni sedikit tips sebelum memilih tajuk:-
1- Kenal pasti minat
Cuba korang duduk kejap, sambil-sambil minum air mineral ke, milo ke, atau sambil-sambil merenung ke luar jendela ke, bayangkan apa yang korang nak jadi lepas korang habis belajar? Tak pun korang kenang balik sepanjang korang belajar, subjek apa yang korang enjoy waktu blajar dan rasa korang mampu untuk apply dalam kehidupan seharian? Bidang kerja apa yang korang nak fokuskan kat luar sana nanti?
2- Solat Istikharah
The most important thing, ask Allah. Jangan lupa untuk solat istikharah. Solat istikharah ni sangat membantu untuk kita buat sebarang keputusan. Kadang-kadang, kita pun tak kenal diri kita sendiri. Allah lebih kenal siapa diri kita. Lagi satu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita pun tak tahu apa yang bakal terjadi. Just leave to Allah. InsyaAllah, segala urusan kita akan dipermudahkan.
3- Buat research
Setelah mendapat ilham untuk buat tajuk apa, sila buat research betul-betul untuk tajuk tersebut. Kalau boleh khatamkan dulu beberapa journal supaya korang betul-betul faham apa yang korang perlu buat untuk menjayakan projek tersebut. Kalau boleh pilih 2 or 3 tajuk untuk korang study supaya korang boleh compare dan pilih tajuk yang betul-betul sesuai dengan minat dan kemampuan korang. Kalau boleh pilihlah tajuk yang dapat meningkatkan korang punya added value dan relevan dengan keadaan semasa.
Untuk pengetahuan korang, FYP ni merupakan salah satu syarat untuk grad. Kalau fail FYP ni, korang kena extend sehinggalah projek ni berjaya. Bunyi macam menakutkan je, kan? Don't worry. Kalau korang betul-betul tunjuk usaha korang dalam projek tu, insyaAllah korang takkan fail. Even kalau projek tu tak menjadi sekalipun, kalau korang rajin berusaha dan tunjukkan komitmen dengan baik, insyaAllah, korang takkan dapat fail dalam FYP ni.
Itu saja serba sedikit tips yang boleh aku share bagi sesiapa yang bakal menghadapi Final Year Project ni. Tajuk FYP ni lah yang akan menjadi selling point waktu korang nak minta kerja nanti. So, pilih tajuk betul-betul supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jadikan FYP satu pengalaman berharga yang takkan dilupakan dalam hidup korang. And the most important thing, ikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah dan sentiasa ingat Allah dalam apa pun yang buat. All the best. Bittaufiq wannajah!
Wallahualam~
With love: muslimah engineer-to-be
No comments:
Post a Comment