Bismillahirrahmanirrahim..
Dah nak habis belajar ni memang bermacam-macam bermain di fikiran. Alhamdulillah, macam tak percaya aku berjaya harungi keperitan bergelar student mechi di bumi UNITEN ni. Dulu, zaman muda mudi time foundation selalu sangat keluar statement 'gelap masa depan' setiap kali habis fnal exam. Itulah yang membuatkan aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk aku berjuang dalam bidang mechanical engineering yang bagi aku agak tough jugak la. Ada juga kawan aku yang drop course ni sebab tak boleh nak bawak.
Mula-mula aku belajar engineering sebab aku minat sangat dengan subjek fizik. Memang subjek favourite lah time SPM dulu. Aku pun dulu masih mentah, tak tahu sangat pasal skop kerja sebenar engineer. Kebetulan pulak, dalam family aku memang tak ada seorang pun engineer yang boleh aku jadikan sumber rujukan sebelum memilih course ni, tambah pula time tu line internet pulak kena potong sebab disambar petir, maka memang aku kekurangan resource. Cuma yang aku tahu engineer banyak apply fizik, so, aku dengan blurnya minta engineering la. Time isi UPU bukan main bersemangat letak kesemua 8 pilihan tu bidang engineering or sains fizikal. Matriks pun aku pilih aliran sains fizikal jugak.
Setelah 4 tahun belajar mechi barulah aku perasan yang sebenarnya aku bukannya minat sangat pun bidang mechi ni. Too late, right? Especially, time aku buat final year project. Time tu Allah je la yang tahu berapa kali aku menangis sebab rasa susah sangat-sangat. Puncanya sebab basic aku dalam subjek engineering yang lain taklah kuat mana. Tapi takpelah, life must go on, right? Takkan aku nak give up saat-saat akhir ni? Siapa pulak yang nak tolong bayarkan duit MARA aku tu?
Sekarang aku makin hampir melangkah dunia yang sebenar. Cuak pun ada juga. Kadang-kadang rasa ada juga rasa menyesal ambil course mechi ni, tapi, aku pujukkan juga la hati ni supaya banyak-banyak ingat Allah. Mesti ada sebab kenapa Allah campakkan aku masuk dalam course mechi ni. Sesungguhnya Allah takkan membani hambaNya melebihi kemampuannya. Allah knows best! Allah tahu aku mampu hadapinya.
p/s: nukilan di kala study week.
No comments:
Post a Comment