Tajuk macam gempak je bunyinya, kan? Ala-ala tajuk buku "Sebelum Aku Bernikah" karya Hilal Asyraf pulak. Hehe. Actually, just nak share sedikit pengalaman sebagai pelajar perempuan yang menceburi bidang kejuruteraan mekanikal atau dalam istilah short form nya mechi. Alhamdulillah, hingga saat ni aku masih bergelar status pelajar dalam bidang ni. InsyaAllah bakal menamatkan zaman mahasiswi pada bula Mei tahun ni.
Oh, ya! Entry ni mungkin lebih sesuai kepada pelajar lepasan SPM atau pelajar-pelajar sekolah yang masih tercari-cari minat dan hala tuju. Di luar sana, memang banyak sangat jalan yang boleh kita pilih untuk dijadikan sebagai karier. Tapi, aku nasihatkan, walau apa pun yang korang pilih, janganlah sesekali kita lupa tanggungjawab kita yang sebenar iaitu tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Ok, lets begin with definition of engineer. (Dah ala-ala lecturer gitu)
Perkataan Engineer berasal daripada istilah Latin ingenium yang bermaksud kebijaksanaan dan juga ingeniare yang bermaksud merangka sesuatu dengan pemikiran yang sangat teliti. So, berdasarkan definisi perkataan engineer ni dapatlah aku simpulkan engineer a.k.a jurutera (dalam bahasa Melayunya) ialah orang yang bertanggungjawab untuk mencipta atau mengawal sesuatu sistem menggunakan kemahiran befikir aras tinggi (dah macam KBAT yang selalu disebut-sebut dalam PT3 pulak).
Boleh la tengok video ni kalau nak tau serba sedikit pasal engineering.
Nak share sedikit sejarah dalam bidang kejuruteraan ni supaya kita dapat mengenali 'kejuruteraan' dengan lebih mendalam. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta! Macam kita nak kenal pasangan hidup, mesti nak tahu background pasal orang tu, kan? (Apa pulak aku duk melalut ni). Ok, mengikut sejarah, ada empat fasa penting kejuruteraan.
Fasa pertama: Revolusi Pre-Saintifik (Zaman Renaissance)
Dalam fasa yang pertama ni, rekaan mengunakan trial and error method. Dalam erti kata lain, ilmu sains tidak diaplikasikan dalam reka cipta. Pada masa ni, tukang kayu dan orang yang terlibat dalam seni menggunakan kemahiran imaginasi mereka untuk mereka cipta peralatan. Mereka terlibat dalam semua proses pembuatan daripada step yang pertama iaitu "Design stage" sehingga ke step yang terakhir iaitu produk siap dihasilkan. Salah seorang engineer yang terkenal pada zaman ni ialah Leonardo Da Vinci.
Salah satu ciptaan Leonardo Da Vinci
Haa, macam pernah dengarkan, tapi di mana ya? Ingat tak kita pernah belajar dalam seubjek Sejarah kalau tak silap silibus Tingkatan 4 (zaman aku, tahun 2008). Pada zaman ni, kejuruteraan awam dan kejuruteraan mekanikal mengaplikasikan pengetahuan saintifik dan matematik dalam penciptaan mereka. Pada zaman ni, kebanyakan mesin menggunakan prinsip mekanikal seperti hidraulik dan enjin stim.
Gambaran mesin yang digunakan zaman Revolusi Industri
Fasa Ketiga: Revolusi Industri Kedua (Sebelum perang dunia ke-2)
Pada zaman ni, cabang baru dalam bidang kejuruteraan diperkenalkan seperti elektrik, kimia dan telekomunikasi. Kepesatan pembangunan industri memerlukan banyak kajian dan inovasi. Pelbagai pusat kajian dan makmal diwujudkan untuk tujuan kajian.
Fasa Keempat: Revolusi Teknologi Maklumat (Selepas Perang Dunia ke-2)
Dalam fasa ini, ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi semakin berkembang dan matang. Penggunaan komputer menyumbang kepada pembangunan microelectronic dan telekomunikasi dalam bidang kejuruteraan. Selain itu, banyak cabang baru yang wujud seperti aeronatik, nuklear dan bioteknologi.
Begitulah serba sedikit sejarah tentang bidang kejuruteraan ni. Menarik, bukan? Secara umunya, kejuruteraan terbahagi kepada empat cabang utama iaitu:-
(a) kejuruteraan awam
(b) kejuruteraan mekanikal
(c) kejuruteraan elektrik
(d) kejuruteraan kimia
Dalam entry ni, aku just dapat share tentang kejuruteraan mekanikal saja memandangkan itulah course yang aku belajar sekarang. Untuk pengetahuan semua, kejuruteraan mekanikal ni adalah cabang kejuruteraan yang paling tua di dunia. Ianya wujud semenjak zaman pra-sejarah lagi. (kalau ikut sejarah versi sekular) Kalau diikutkan sirah, Nabi Nuh sendiri merupakan orang pertama yang membina bahteranya (yang juga merupakan pengangkutan laut pertama di dunia).
Apa itu jurutera mekanikal?
Jurutera mekanikal ialah orang yang bertanggungjawab dalam mereka cipta dan mengawal sistem mesin, jentera, loji dan peralatan yang terlibat dalam pelbagai proses. Jurutera mekanikal juga merupakan orang penting yang berfikir untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sistem dan proses menggunakan ilmu kejuruteraan.
Apa asas yang dipelajari dalam kejuruteraan mekanikal?
(1) Statics: ilmu untuk kaji objek yang tak bergerak.
(2) Dynamics: ilmu untuk kaji objek yang melibatkan pergerakan.
(3) Thermodynamics: ilmu untuk kaji haba dan kesan perubahan tenaga.
(4) Mechanics of Fluids: ilmu untuk kaji pergerakan bendalir
(5) Mechanics of Material: ilmu untuk kaji bahan
(6) Manufacturing Process: ilmu untuk tahu proses pembuatan
Ni yang basic core saja dalam kejuruteraan mekanikal. Selain itu, kita juga belajar sedikit basic tentang elektrik dan bebarapa subjek mathematics seperti Calculus, Differential Equations dan sebagainya.
Quick tips for SPM student
(A) Akademik
1) Additional Mathematics a.k.a Matematik Tambahan
Perlu ada basic yang sangat kuat dalam Additional Maths. Kebanyakan pengiraan menggunakan kemahiran yang kita belajar dalam Add Maths. Subjek Calculus tu sendiri merupakan lanjutan Add Maths. (Aku sendiri memang tak minat add maths. Tak tahulah macam mana boleh berani mati pergi ambil engineering ni)
2) Physics
Perlu ada minat yang sangat mendalam dalam subjek fizik. Kalau tak minat, lupakanlah hasrat untuk memegang title Ir. ye. Kalau korang betul-betul minat silibus fizik tingkatan 4 iaitu force and motion, force and pressure dan heat, aku amat syorkan korang ambil mekanikal ni. (Aku memang minat giler topik-topik ni. Tapi, tak la genius mana pun. hoho)
3) Reka Cipta
Ni optional, kalau ada kira bonus la. (Aku pun tak belajar RC time sekolah dulu) Sekali lagi, siapa yang tak minat RC, silalah jangan ambil mekanikal. RC ni sebenarnya melatih kita untuk berfikiran inovatif. Sebab mekanikal ni ada beberapa projek yang memerlukan kemahiran pertukangan yang kita belajar time subjek kemahiran hidup dulu. Tapi bagi yang berminat tapi tak teror sangat bab-bab pertukangan ni, don't worry. Kita boleh belajar slow-slow. Usaha tangga kejayaan! (Patriotik sungguh ayat)
Pesanan penting: Tolong jangan buang kalkulator anda selepas SPM. Kalkulator adalah nadi hidup budak engineering, ok? (Poyo je ayat)
(B) Ciri Peribadi
1) Suka menyelesaikan masalah
Orang yang suka mencari masalah dan menyelesaikan masalah sangatlah sesuai untuk bergelar engineer. Engineer ni adalah orang yang banyak berfikir untuk penambahbaikan sesuatu perkara supaya menjadi lebih baik. Ini kerana teknologi sentiasa berkembang dari hari ke hari, jadi sebagai engineer, kita perlu berfikir untuk penambahbaikan seiring dengan peredaran zaman. Seorang engineer juga perlu memikirkan tentang kebajikan orang lain kerana rekaan yang dihasilkan haruslah memudahkan urusan orang lain.
2) Berfikiran Kreatif dan Inovatif
Fikiran kreatif amat berguna kerana engineer lah yang mewujudkan sesuatu daripada tak ada kepada ada. Sesuatu yang kita fikir impossible boleh diwujudkan dengan pemikiran kreatif ni. Inovatif juga perlu untuk menambahbaik yang sedia ada. Biasanya orang yang inovatif mempunyai pemikiran yang kreatif. Orang yang kreatif kuat berimaginasi (bukan berangan mat jenin ok). Daripada imaginasi, engineer cuba mencari jalan untuk mencapai apa yang di mindanya.Tiba-tiba teringat tagling Honda, "The Power of the Dreams".
3) Berjiwa usahawan
Tidak ada orang yang ingin rugi dalam hidup, betul tak? Mesti korang tertanya-tanya kan, apa kaitan usahawan dengan engineer? Sebenarnya, menjadi engineer bukan sekadar fokus pada kemahiran saintifik semata-mata, tapi, engineer juga merupakan tulang belakang dalam sesuatu bisnes. Dalam sesebuah company, engineer adalah front line yang terlibat secara langsung dalam operasi. Menjadi tanggungjawab seorang engineer untuk memastikan kos yang terlibat dalam operasi adalah rendah supaya company dapat mengaut keuntungan. Dalam erti kata yang lain, engineer memang perlu menitikberatkan kos produk daripada 'Design Stage' sehinggalah produk itu siap dipasarkan.
Ni ciri-ciri yang basic yang perlu ada pada seseorang engineer pada pandangan aku. Ciri-ciri yang lain tu macam semua course yang lain seperti tak mudah putus asa, sabar, tak mudah gelabah dan lain-lain lagi. Mungkin orang lain yang ada pandangan lain. Boleh la try survey pandangan orang lain.
Secara keseluruhannya, kejuruteraan mekanikal ni merupakan bidang yang amat menarik dan berkembang setiap detik. Dengan adanya bidang kejuruteraan, gaya hidup manusia boleh berubah mengikut peredaran zaman. Kita tak sedar sebenarnya kejuruteraan berkait sangat rapat dalam hidup seharian kita.
Bagi aku, mechanical engineering ni bukanlah bidang yang mudah. Kalau korang nak masuk engineering ni sebab tak lepas minta medic (sebab biologi tak dapat A), fikirlah banyak kali. Kalau tak minat memang susah nak survive. Buat pecah kepala je belajar susah-susah dan stress! Masuklah bidang engineering sebab diri sendiri, bukan sebab pandangan orang ataupun desakan parents.
Akhir kalam, selamat menjadi profesional muslim tak kira dalam apa pun bidang yang kita pilih. Semuanya bergantung kepada niat kita. Jadikan apa pun perbuatan kita sebagai ibadat termasuklah study dan kerja nanti. Umat Islam amat memerlukan orang-orang hebat seperti korang. So, jom kita study betul-betul bukan setakat untuk score dan capai cita-cita saja, tapi, untuk mendapat keredhaan Allah seterusnya menyumbang kembali kepada Islam.
Wallahualam~
With love: muslimah engineer-to-be
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKak , kalau kita bkn dri bidang sains tulen agaknya amacam tu ?
DeleteAda juga yang akak baca, pelajar yang bukan aliran sains tulen pun boleh juga memohon. Tapi, akak cadangkn untuk mohon diploma kejuruteraan terlebih dahulu. At least, ada sikit basic maths dan fizik. Kalau nk mohon asasi, mungkin agak mencabar sebab masanya lebih singkat, bimbang tak sempat nk fahamkan yang basic. Apa pun selamat maju jaya. :)
DeleteAku rasa aku memang silap besar sbb mohon engineering. Dulu sangka "alah bidang papepun bolehhhhhh" skali dapat engineering.. rasa nak undur masa dan lempang diri yg gi mohon engineering masa tu. Pandai akademik tu tak semestinya aku ni cerdik bijaksana ke apa. Itupun sbb menghafal. Skang? Dah la amik mech engineering.. baru sedar yg aku x minat senanya.. fizik pun xde la minat.. addmath.. ceit. Kepala aku pun bukannya kreatif sangat. Patut dulu mohon farmasi jek. Tapi nk wat guane kan? Dah terlambat. Hahahahahaha padan muka aku
ReplyDeleteDulu pun saya pernah fikir yang engineer tak la susah sangat macam medic. Saya pun tak teror sgt tak minat math jugak. Nak lempang jugak diri sendiri nih. heee. Tapi, itulah, mungkin ada hikmahnya kenapa Allah letakkan kita dalam bidang engineering. :)
DeleteSlm kak, utk perempuan susah x nak bwa/dpt kerja dlm bidang ni? Sbb sya mmg minat sgt bidang ni tapi still xsure nak ambil ke x
ReplyDeleteWasalam. Baguslah jika dah ada minat dalam bidang engineering. Apa pun cabaran, kalau ada minat kita takkan mudah putus asa. Untuk perempuan, bagi akak tak ada masalah untuk ambil course ni. Sekarang ni pun dah ramai juga perempuan yang ambil course ni. Dari segi peluang kerja pula bergantung kepada skill dan pengetahuan kita tak kira lelaki atau perempuan. Nak jadi engineer, hati kena sado, kental dan tahan lasak dengan apa jua cabaran. All the best dalam memilih. Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik. :)
DeleteAssalam akak..sye addmath x la bagus tpi fizik alhamdulillah boleh la..minat tu ada..tpi boleh ke nak survive ?
ReplyDeleteWasalam. Alhamdulillah, memang bagus jika awak minat fizik. Pasal add math, utk mechanical engineering, tak banyak pakai complex add maths sangat pun. Mechanical ni more on apply fizik concept utntuk selesaikan problem dgn menggunakan equation. Kalau awak minat mengira dan fizik, insyaAllah tak ada masalah untuk survive. :)
DeleteKak, this entry is really useful to me. Thanks a lot.
ReplyDeletethank you for reading this post. Pls share with the others. :)
DeleteSaya nak sangat masuk bidang ni fizik saya ok saya memang minat fizik tapi addmatt very low tapivklau mat biasa bole je skor..
ReplyDeleteKalau ada minat dan kesungguhan insyaAllah boleh berjaya. jangan mudah putus asa dan lebihkan usaha dan doa. Tips untuk survive, kalau tak faham dalam kelas, boleh belajar kat Youtube. Byk lecture yang menarik contohnya macam khan academy, patrick calculus dll. selamat berjaya. :)
DeleteSalam saya nak tanya. Saya dapat kos mech ni dekat politeknik. Saya tak ada basic pun sebab saya kelas akaun dulu. Cuma berbekalkan addmath je. Patutkah saya teruskan? Atau tak payah masuk?
ReplyDeletemacam mana dengan subjek sains? kalau sains ok, insyaAllah boleh survive. sbb mechanical engineering ni perlukan sedikit kefahaman konsep fizik untuk tackle problem. add maths pula penting untuk pengiraan setelah kita dapat figure out macam mana nk selesaikan masalah. pape pun, doa istikharah dulu sebelum buat keputusan, ok. selamat berjaya. :)
DeleteAssalamualaikum... saya dapat kos dip. Eng. Mekanikal rekabentuk produk. Kos ni sesuai tak untuk perempuan? Ramai ke pelajar perempuan yang ambil kos ni?
ReplyDeletetahniah kerana berjaya mendapat tawaran course tu. :) course ni sangat menarik kalau kita minat bahagian design dan kreatif. zaman sekarang ni dah ramai perempuan yang menceburi bidang ni (walaupun tak seramai course lain), dan banyak juga company suka ambil perempuan sebagai design engineer sebab perempuan lebih detail. kerja sebagai design engineer ni amat sesuai dengan perempuan sebab kebanyakan masa akan buat design guna software, jadi tak perlukan banyak kerja berat pun. jadi bidang ni amat digalakkan bagi perempuan yang kreatif, inovatif dan sukakan cabaran buat perkara baru. selamat berjaya. :)
DeleteAssalamualaikum ... sya dpt kos dip. Eng. Mekanikal rekabentuk produk... kos ni sesuai x untuk perempuan?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Alhamdulillah, tahniah kerana berjaya dapat tawaran tu. Maaf lambat resons. Course ni sgt sesuai untuk perempuan kerana kebanyakan masa akan spend dalam office untuk menyiapkan drawing. selamat maju jaya. :)
Deleteassalamualaikum akak saya lepasan spm, dan saya berminat untuk mengambil aerospace engineering semasa peringkat ijazah tapi saya amat risau jika peluang pekerjaan amat sedikit dan kalau saya tak mampu nak bawa sebab addmaths saya dapat B dan fizik B+ je :(
ReplyDeletewaalaikumussalam. bagusnya sebab minat aerospace. tak ramai tau perempuan yang minat bidang ni. secara jujurnya, di Malaysia peluang kerjaya dalam bidang aerospace amatlah terhad. Jikalau adapun, kebanyakannya lebih menjurus kepada pembuatan dan pemasangan bahagian kapal terbang. Kalau nak ambil aerospace boleh, tapi bersedia untuk bekerja dalam bidang lain selepas tamat degree. Ataupun, awak boleh juga mengambil jurusan Mechanical Engineering yang lebih general berbanding dengan aerospace. Mekanikal engineering juga berpeluang untuk diserap masuk dalam bidang aerospace. Tapi, kekurangannya ialah Mechanical Engineering tak belajar dengan details tentang aerospace. Ilmu Mechanical engineering ni lebih kpd general theory, maka kena cari ilmu tambahan tentang aerospace sendiri dan kaitkan dengan subjek yang dipelajari.
DeleteDari segi akademik, insyaAllah awak mampu bawak course ni. B dan B+ dah cukup ok utk course ni. Yang penting, rajin usaha dan tak putus asa. Saya yakin awak mampu menjadi seorang engineer yang hebat pada masa akan datang. Selamat maju jaya. :)
assalamualaikum kak,
ReplyDeletei just want to say thank you soooo much
waalaikumussalam. you're most welcome. :)
Deleteshare dengan yang lain je jika bermanfaat.
Aslkm..anak saya result spm fizik B+ add math D..adakah sesuai utk mohon mechanic engineering?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Jika betul-minat untuk sambung mekanikal engineering, insyaAllah boleh je. Tapi kena struggle betul-betul. Sebab engineering ni banyak guna maths.
DeleteUntuk tahu kesesuaian, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.
1) Minat anak. Adakah dia benar-benar minat bekerja dengan mesin dan berfikir secara kompleks?
2) Cara belajar. Adakah mampu untuk belajar secara konsisten setiap hari? Adakah mampu untuk terus berusaha untuk menyelesaikan masalah sehingga berjaya?
kak sy amik sains tulen mase secondary school n then nk amik mech eng mase u.. rase nye boley x
ReplyDeleteBoleh. saya dulu pun ambil sains tulen juga semasa SPM. :)
DeleteSalam, saya subjek thermo dpt result cukup2 makan je time diploma. Adakah result tu akan effect saya nanti kat degree?
ReplyDeleteAsalkn lulus subjek tu, tak ada masalah untuk sambung degree. As long faham dengan basic concept dan tak mudah putus asa. :)
DeleteBerapakah kos duit yang digunakan untuk sem 1 ?
ReplyDeletebergantung pada tempat pengajian dan bilangan subjek yang diambil. Boleh rujuk pada laman web tempat pengajian.
DeleteAwak kalau time sekolah kita tak amek pure science dan tak minat course mechanical engineering ni tapi kita accept je tawaran tu . Agak agak boleh survive ke ?
ReplyDeleteFirst, tanya hati kenapa nak accept tawaran? Adakah sebab sebab minat atau desakan orang sekeliling? Bidang engineering ni bukan bidang yang mudah. Lepas tamat belajar, persaingan untuk kerja sebagai jurutera amat sengit di Malaysia. Gaji fresh graduate engineer juga tidak setinggi bidang professioanl yang lain. Jikalau betul betul minat untuk menjadi engineer, saya amat menggalakkan awak untuk terima tawaran tu, Sekiranya tak minat, cari bidang yang sesuai dengan jiwa sebab bila kita sukakan kerja kita, kita akan buat yang terbaik, enjoy dengan kerja. Kerja adalah sebahagian hidup kita dan keberkatan rezeki adalah yang matlamat kerja kita. :)
Deletesalam , sya minat dlm pkerjaan offshore and sya nk ambil course mechanic engineering , sains sya tak da la power sngat biasa2 ja and sya belajar acc , addmath sya tk ambil , bole ke ambil kos mech engineering ni ?
ReplyDeletewasalam. boleh saja nak amek course mechanical engineering. Memandangkan tak ada basic dalam add math, saya cadangkan awak untuk apply dip mech engineering di politeknik, kemudian further study degree. Selamat maju jaya . :)
DeleteSalam, saya aliran sastera dan result spm sains A- . Boleh mohon course ni tak sbb aliran sastera. Tq
ReplyDeleteWasalam. Tahniah sebab dapat A- dalam subjek sains. Sekiranya berminat, boleh je nak ambil course ni. Saya cdgkan untuk apply sip mech engineering di politeknik, then further study degree selepas tamat diploma. Selamat maju jaya. :)
DeleteSalam kak,saya nak tanya laluan lepas habis spm untuk jdi engineer ni. Bleh explain ? Terima kasih
ReplyDeleteWasalam. Ada banyak laluan untuk menjadi engineer.
Delete1. Asasi kejuruteraan > Ijazah Kejuruteraan
2. Matrikulasi Sains Fizikal > Ijazah Kejuruteraan
3. Diploma Kejuruteraan > Ijazah Kejuruteraan
4. Sijil > Diploma kejuruteraan > Ijazah Kejuruteraan
Assalamualaikum akak,saya baru lepas pt3 thn lps , saya nk tny klu ambil mechanical engineering susah tak sbb sy x tau addmath sy dgn physics ok ke x .
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Secara jujurnya, kursus mechanical engineering agak mencabar. Banyak melibatkan fizik, sains, logik dan matematik.
Deletesalam kak ,sya aliran lukisan teknikkal pastu dpt 1 A je boleyh ke jdi engineering?
ReplyDeletewasalam. sekiranya betul betul minat tak ada masalah untuk menyambung pengajian dalam bidang engineering. Cuma perlu lebih usaha untuk memahami subjek yang diajar di universiti. Selamat maju jaya. :)
DeleteAssalamualaikum akk , saya lepasan matrik ,saya memang minat degan bende2 lasak ,tapi orang kate kalau bi tak mantap tak boleh survive , saya paham kalau orang cakap english ,tapi susah sikit untuk saya yg cakap dan tulis. Jadi untuk lagi selamat jangan ambik atau macam mne ?
ReplyDeletewaalaikumussalam. bagus jika memang minat dengan bende2 lasak. BI tu bahasa untuk komunikasi saja. Yang peting, awak minat dan menguasai pengetahuan dan kemahiran asas sebagai seorang engineer. Tak perlu bimbang jika tidak begitu mahir berbahasa inggeris. Sebaliknya, belajar untuk menguasai bahasa inggeris. Ada banyak kelas bahasa inggeris yang boleh awak join untuk tingkatkan kemahiran berbahasa inggeris. Selain tu, untuk komunikasi, boleh juga dengar radio bahasa inggeris atau menonton rancangan inggeris. Untuk menulis, boleh belajar dengan berguru. Selamat maju jaya. :)
DeleteJurutera mekanikal ni ada masa tak untuk family?
ReplyDeleteada je masa dengan family. tambah kalau kerja ikut office hour. :)
Deletesalam kak . saya lepasan spm dan dapat politeknik untuk mekanikal engineering ni . addmt tak la power manaa tp basic tu oky la sbb minat math sngt2 . tp mmg addmt low laa dri math . and plus mmg tak minat fizik . msa spm pun tak crdit . tapi slain jadi ckgu sya pun ingin brgelar jdi engineer . tak kisahlaaa engineer apa then dpt tawaran ni . tp sya dah buat research psl ni dan mula minat skit skit . agak2 sya boleh score tak eh
ReplyDeletewasalam. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. insyaAllah, kalu fokus dalam kelas, usaha betul betul dan tak putus asa, boleh je score. :)
DeleteAkak,saya dpt dip mech eng (petrokimia). Okay ke utk perempuan? Tp saya bkn dari kls sains tulen
ReplyDeleteTahniah dapat offer tu. Secara jujurnya tak ramai perempuan menceburi bidang oil and gas. salah satu sebab ialah offshore. Bagi perempuan bujang, tak ada masalah. Tapi, bagi yang sudah berkahwin, mungkin agak sukar untuk tinggalkan family dan kerja offshore.
DeleteHai kak nak tnya klau sblum ni result spm fizik C dan addmaths G ada pluang tak nak master smula nnti? Bila smbung diploma?
ReplyDeleteHai Wilnah, insyaAllah jika dapat bimbingan yang betul, awak mampu untuk kuasai dua-dua subjek tersebut. Kedua-dua subjek tersebut memerlukan pemahaman konsep yang betul. InsyaAllah, jika berjaya menguasai konsep yang asas, awak mampu untuk skor subjek tersebut. Selain daripada belajar dengan guru, awak juga boleh belajar melalui youtube. Selamat berjaya. :)
DeleteAssalamualaikum akak.
ReplyDeleteBlajar mech. Eng ni ade kena buat kerja2 berat ke? Sy risau jgak sbb kite kn org pompuan.
Waalaikumussalam. Semasa belajar di peringkat ijazah, kebanyakan belajar teori dan buat lab experiment. Kerja bidang mekanikal ni pula bergantung pada industri mana yang kita pilih. Kalau masuk bidang construction dan oil and gas, banyak juga kerja yang mencabar. :)
Deletesalam kak..saya dri alirn sastera,x de sains tulen n addmath,cuma hrp dkt math n sains biasa je...blh ke nk amek course ni???
ReplyDeleteWasalam. Boleh saja. Sekiranya betul betul berminat nak masuk bidang engineering, boleh cuba apply diploma di politeknik.
DeleteAssalamualaikum,saya dapat tawaran ni di politeknik tapi saya pelajar akaun.add math saya low jugak D .Sains saya A .Rasanya boleh survive tak?heeheh.Saya akan cuba sedaya upaya
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tahniah atas tawaran ke politeknik. Boleh survive atau tidak bergantung pada attitude dan rezeki. Sekiranya sudah berusaha dengan yang terbaik, serahkan saja pada Allah. Allah sebaik penentu rezeki kita. Tapi dengan syarat kita berusaha bersungguh sungguh dan tak berputus asa. Tanya pada diri adakah betul betul minat dengan apa yang dilakukan sekarang dan kenali potensi diri. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Selamat maju jaya. :)
Deleteassalamualaikum..kak saye dapat tawaran kejuruteraan mekanikal pembuatan..tapi saye tak belajar fizik dgn addmath mase spm..tapi sains saye A..boleh ke saye terima tawaran tersebut?
ReplyDeletewaalaikumussalam. tahniah kerana dapat tawaran tu. kalau betul-betul minat, boleh saja terima tawaran tu. cuma kena lebih gigih untuk buat latih tubi matematik kerana byk juga aplikasi add math dalam jurusan ni. :)
Deletesaye takde basic addmath and fizik..boleh tak saye survive dalam dip kejuruteraan mekanikal pembuatan..saye dapat tawaran di politeknik
ReplyDeletebagaimana dengan matematik? jika sukakan pengiraan dan berfikir logik, insyaAllah boleh survive dalam jurusan ni. kebanyakan subjek melibatkan pengiraan.
Deleteboleh tak perempuan ambik kejuruteraan mekanikal pembuatan..susah tak? tapi takde bsic addmath dgn fizik
ReplyDeletepada zaman sekarang ni, tiada diskriminasi antara lelaki dan perempuan. asalkan ada minat dan perform dalam pengajian, perempuan juga mampu untuk jadi engineer setanding dengan lelaki. tidak dinafikan, kursus mekanikal pembuatan agak sukar juga. sekiranya dapat berfikir secara logik, dan sukakan pengiraan, insyaAllah boleh berjaya. jika tiada basic dalam addmath dan fizik, saya nasihat untuk selalu bertanya kepada pensayarah dan bykkan buat latih tubi serta study group. Selamat maju jaya. :)
DeleteAssalam kak.. saya, ambil dip course mechanical engineering ni di uitm pg.. mklumlah, sy ni prmpuan. Sy ni pun boleh diketegorikan lmbik jgk.. tk kuat sgt.. so, sy mcm tk ykin je dgn course ni sbb kbynkkn ckp course ni heavy, tough.. kne lwn dgn lelaki.. sy ni dh la bdn kcik.. tk kuat sgt.. bab2 sukan pon tk brp.. akedemik je lbih.. so, sy nk mntk pndpt akk tntg ni.. tq kak. ;)
ReplyDeletewasalam, saya juga seperti anda, lemah dan tak aktif dalam bersukan. bergantung pada bidang apa yg kita ceburi. kebanyakan kerja berat akan dibuat oleh technician, dan sbg engineer, tugas kita kebanyakannya dalam analisis, planning dan design. jadi, jangan rasa rendah diri sekiranya kita tak kuat. Perempuan juga mampu menjadi engineer dalam bidang yang kurang melibatkan kerja fizikal yang lasak seperti bidang R&D, Projek Engineer, Process Engineer dan byk lagi. :)
DeleteAslm kak sekiranya saya menceburi dlm diploma dan ijazah bidang mecha engineering... adakah cerah peluang pekerjaan dlm sektor kerajaan pada masa depan...
ReplyDeletewasalam. dari segi peluang kerja, insyaAllah, kalau ada rezeki dapat je kerja kat mana-mana pun. Tidak dinafikan sektor kerajaan agak terhad. tapi, kalau dah rezeki tak ke mana yang penting usaha sehabis baik, bykkan doa dan jgn memilih kerja. :)
Deletecourse ni banyak melukis tak ? saya kurang mahir dlm bab melukis ni 🤣 sains dan math saya dpt A spm ...
ReplyDeletecourse ni tak byk melukis menggunakan free hand pun. kalau ada drawing pun, lebih kepada lukisan geometrik, yang menggunakan geometrical tools dan juga software.
DeleteAssalam..akak..sy lpsn matrik..cgpa sy 3.25..fz a- math b..sy nk tnya..ad pluang x nk dpt degree course ni kt uitm..spm..fz sy a juga..tq..muet bnd 3
ReplyDeletewasalam. maaf saya pun kurang pasti dari segi peluang tu. yang saya tahu, minimum requiremnet utk muet ialah band 3.
DeleteAslm kak adakah menceburi bidang mecha nii dpt menjamin pekerjaan dlm sektor kerjaan pada masa depan...
ReplyDeletewasalam. dari segi peluang pekerjaan, mekanikal sentiasa relevan sepanjang zaman kerana dunia moden banyak menggunakan mesin yang memerlukan khidmat jurtera. tidak dinafikan sektor kerajaan peluang kerja agak terhad, tapi kalau dah rezeki takkan ke mana asalkan gigih dan tak memilih kerja.
Delete