Saja rasa nak throwback zaman intern dulu. Alhamdulillah, aku dah berjaya mengharungi zaman internship dengan jayanya! Bagi yang masih belum bergelar mahasiswa/wi, intern ialah istilah yang biasa digunakan bagi menggantikan istilah skemanya ialah industrial training. Ataupun ada jugak orang panggil kerja praktikal.
For your information, dulu aku praktikal selama 3 bulan di kilang Yamaha Electronics Manufacturing di Chemor, Perak. Biasanya orang panggil kilang ni Yamaha je. Company tempat aku intern ni merupakan pengeluar barangan elektronik seperti speaker, set hi-fi, home theater set dan DVD player. Jangan terkeliru pulak dengan Yamaha Motor punya company ye.
Ni bangunan department aku dari luar pagar
HQ company Yamaha ni ialah Yamaha Corporation yang terletak di Jepun. Yamaha kat Perak ni merupakan salah satu branch utama yang terlibat dalam pembuatan barangan eletronik. Kebanyakan barang yang dibuat kat kilang ni dieksport ke negara Eropah dan US sebab barangan ni sangat popular kat sana. Kat Malaysia memang jarang nak jumpa barang elektronik Yamaha ni. Kat Malaysia, motosikal Yamaha dan alat muzik Yamaha lebih famous.
Ni salah satu produk Yamaha Eletronics: Mini Hifi System
Semasa aku intern, aku ditempatkan di dalam Department Research and Development a.k.a R&D. Aku diletakkan di bawah supervision salah seorang mechanical design engineer kat situ. Tugas aku ialah menghasilkan design untuk jig yang bakal digunakan dalam production line. Most of the time, aku banyak bermain dengan software Solidworks dan Cadra. Boleh dikatakan 90% kerja aku duduk mengadap PC kat office. Lagi 5% aku tolong buat testing untuk produk dan juga 5% bertawaf di production line. Kadang-kadang, aku juga dijemput untuk menjadi 'tetamu jemputan' a.k.a observer dalam meeting dengan supplier.
Ni lah meja aku. Tamak betul sampai kena pakai 2 PC.
Sepanjang aku bergelar intern, banyak pengalaman dan ilmu baru yang aku timba. Kadang-kadang rasa teruja nak jadi engineer, kadang-kadang rasa takut pulak. Perasaan camtu selalu muncul time aku intern dulu. Maybe sebab self expectation tinggi sangat kot. Hehe. Kadang-kadang rasa cam bodoh giler la sebab asyik buat salah je. Tapi, nak buat macam mana, mana ada baby yang lahir-lahir terus boleh pandai berlari. Begitu jugaklah aku, semua benda kena belajar dari bawah.
Antara perkara yang menarik ialah dapat pengalaman berkomunikasi dengan orang Jepun secara live. Dalam department aku, ada 3 orang bos besar orang Jepun dan 2 orang engineer Jepun. Walaupun berbeza bangsa, agama dan bahasa, mereka memang sangat baik dan menghormati orang lain. Ada juga beberapa orang engineer Melayu yang fasih berbahasa Jepun yang graduate dari universiti di Jepun. Most of the time, mereka akan bercakap dalam bahasa Jepun. Bila dengar mereka bercakap Jepun, terasa macam berada dalam anime Jepun pulak. Opss, hiperbola betul aku ni!
Sup Ikan made in Japan pemberian officemate. Arigatou!
Kalau kerja kat company Jepun, ketepatan masa amatlah penting. So, simpanlah hasrat untuk bangun tidur lambat ye. Then, mereka ni memang sangat workaholic. Department aku ni kalau time kerja memang dengar bunyi keyboard dengan mouse je. Kalau pen terjatuh pun satu office boleh dengar. Bunyi macam scary, kan? Maybe sebab department R&D kot. Sebab kalau department lain, aku nampak macam biasa-biasa je.
So far, I feel good! (pinjam tagline NTV7 jap) Alhamdulillah, rasa best dan bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk internship kat sana. Thank you Allah for giving me chance to develop my skill there. Aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang profesional muslimah engineer pada suatu masa akan datang.
Ni lah pakaian rasmi aku time intern.
With Love: Muslimah engineer-to-be
Assalam cik/puan...nak tanya,ada elaun x kalo li kat kilang ni?
ReplyDeletewaalakummussalam. waktu saya LI tahun 2014 ada elaun bulanan. siap potong epf and socso lagi.
DeleteSalam nak tanya. Walaupun ambil mechy ni, tak salah ye nak intership nanti pilih company yg more to electronic? Boleh bagi nasihat sedikit? Macam mana nak tahu company mana kita boleh apply sesuai dgn course kita, macam mechy ni? Sy pelajar tahun 3, tak lama lagi akan buat intern. Masih confuse sedikit.
ReplyDeletewasalam. maaf lambat respon. bagi pemilihan company, digalakkan untuk pilih bidang yang sama dengan pengajian kita dan berdasarkan minat kita. Company electronic pun ada juga bidang kerja yang berkaitan dengan mekanikal, contohnya bahagian proses, design, quality control. nasihat saya, sebelum confirmkan tempat tanya HR samada dia pernah ambil student mechi tak sebelum ni. Waktu praktikal ni penting untuk kita pilih yang kita minat dan tunjukkan potensi kerja yang cemerlang, supaya nanti kalau boss berkenan, boleh serap terus lepas habis belajar. Selamat berjaya menempuh dunia praktikal, :)
DeleteAssalamualaikum. Macam mana nak apply internship. Walk in atau email?
ReplyDeletewaalaikumussalam. saya cdgkan utk walk in atau pos cover letter n CV.
DeleteSalam. Kalau electrical engineer kat situ okay tak work life balance diorang? Ke asyik balik lambat je.
ReplyDeletewasalam. Apa yang saya dapat lihat, kerja agak ok dari segi work life balance. Kalau ada problem atau new product development, mungkin akan stay back. Tapi takde lah sampai sepanjang tahun nak stay back. Overall still ok. :)
Delete