Salah satu bangunan Carsem S Site
Alhamdulillah, sudah hampir setahun aku mencari rezeki sebagai Engineer di Carsem (M) Sdn. Bhd., Ipoh. Bersyukur sangat sebab dapat kerja kat Ipoh. Dapatlah aku menumpang kasih di rumah parents aku lagi setelah 5 tahun merantau di Bangi. Lepas tu, dapat luangkan masa dengan family time weekend dan paling penting tak payah pening-pening fikir pasal jem bila nak balik rumah time public holiday. Weee~
Sebaik saja aku dapat emel menyatakan aku berjaya dalam interview, aku terus saja sujud syukur sebab aku betul-betul rasa teruja dan bersyukur kerana akhirnya kerjaya aku sebagai domestic engineer a.k.a surirumah selama dua bulan akan berakhir. Dengan excited + terpaksa, aku menandatangani surat tawaran kerja sebagai Engineer di bawah Graduate Engineer Program (GEP) yang meletakkan syarat aku harus bekerja sekurang-kurangnya selama satu tahun di Carsem. Jika aku nak tarik diri dalam tempoh kurang satu tahun, aku akan dikenakan denda. Mana nak cari duit oi? Terima je la kerja ni walaupun ada rasa tak sedap hati sikit. Yelah, first job tak boleh la nak jual mahal sangat. Pengalaman pun zero. Mungkin dah Allah tentukan rezeki aku kat Carsem.
Sepanjang 2 minggu orientasi, aku didedahkan dengan banyak benda baru tentang beberapa proses untuk menghasilkan komponen semikonduktor. Aku juga diperkenalkan dengan skop kerja pelbagai department dalam Carsem. Salah satu kelebihan GEP ialah diberi peluang untuk memilih department yang berkenan di hati dengan cara memikat hati management dengan presentation pada hari terakhir orientasi. Cewah, ayat macam nak pilih pasangan hidup pulak ye. Tapi, tak semestinya kita akan dapat apa yang kita pilih. Semua keputusan terletak di tangan management dan juga ketentuan Allah.
Alhamdulillah, aku ditempatkan dalam department yang sesuai dengan aku.
Sekarang aku nak cerita sikit pasal company ni. Untuk pengetahuan korang, Carsem ni merupakan salah satu syarikat yang dimiliki oleh orang Malaysia. Sebelum aku kerja situ aku ingatkan owner company ni dari US sebab nama pun dah macam ala-ala mat saleh gitu. Ternyata sangkaanku meleset. Carsem ni merupakan salah satu anak syarikat kumpulan Hong Leong. Kira macam adik-beradik Hong Leong Bank la senang cerita. Sebab tu la logo Carsem ni sama je dengan logo Hong Leong Bank. Carsem ada tiga manufacturing plant; 1) Carsem (M-Site), dekat dengan lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, 2) Carsem (S-Site), dekat dengan highway area Jelapang, Ipoh, 3) Carsem Suzhou, kat China. Alhamduillah, aku ditempatkan di Carsem (S-Site) yang hanya mengambil masa kurang 10 minit daripada rumah aku.
Amacam? Sama sebijik kan logo deorang.
Carsem merupakan salah satu kilang yang menghasilkan komponen semikonduktor yang terawal di Malaysia. Selain tu, Carsem pun ada menyediakan perkidmatan test untuk komponen semikonduktor. Ada juga klien yang hantar komponen dorang untuk test saja. Bisnes utama Carsem amat bergantung kepada klien, so kena pandai tackle hati klien dengan menyediakan servis yang tip top la. Kalau nak tahu lebih lagi pasal Carsem, boleh klik pada link ni Carsem (M) Sdn. Bhd.
Menjadi seorang jurutera di Carsem bukanlah satu tugasan yang mudah. Aku terlibat secara langsung dalam pembangunan produk baru di Carsem daripada klien. Aku ditugaskan untuk memastikan proses untuk menghasilkan produk baru berjalan lancar. Cip walaupun nampak lebih kurang sama pada masa kasar, tapi material dan design dalaman berbeza antara satu sama lain bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain. (kalau dalam konteks cip semikonduktor mungkin boleh tukar jadi 'mold compound' sama hitam, 'die' lain-lain. :p . habis patah riuk pepatah Melayu aku kerjakan). 'Die' dalam semikonduktor bukan bermaksud mati tau. Nanti kalau ada rezeki aku akan cerita pasal 'die' ni.
Ni la beberapa contoh cip semikonduktor. Nampak lebih kurang sama tak?
Point penting, sebagai seorang semikonductor engineer, mata korang kena tajam. Bukan bermaksud korang kena asah mata macam korang asah pisau, kang ada pulak jadi kassim selamat. Maksudnya mata kena cepat tangkap walaupun ada defect yang halus dan mulus pada cip semikonduktor supaya semua cip dapat berfungsi dengan baik. Jangan risau sangat bab ni. Practice makes perfect. Aku dulu bukannya orang yang cerewet dan details sangat pun. Kalau dah terbiasa nanti, mata korang pun akan jadi tajam mengalahkan laser.
Last but not least, sayangilah sahabat baik korang iaitu miscroscope dengan sepenuh hati. Sebagai semikonduktor engineer, most of the time korang akan pakai microscope untuk tengok cip semikonduktor. Kadang-kadang naik juling gak biji mata menghadap miscroscope sepanjang hari. Apa boleh buat. Dah cip kecil sangat. Terpaksa lah buat MoU dengan microscope. Sebab tu aku nasihatkan belajar mencintai microscope dengan sepenuh jiwa dan raga supaya korang pun tak lah boring berdampingan dengan microscope sepanjang hari.
Ni la rupa aku kat dalam production line. Semua orang dalam line wajib pakai baju putih ni a.k.a smock. Phone tak boleh guna dalam line ye everybody. Sebab tu aku aku selfie kat luar line je. Hehe.
Akhir kalam, banyak pengalaman suka duka sepanjang aku bekerja di Carsem. Thank you Allah for this precious experience. Hopefully, lepas ni aku akan lebih bersemangat untuk professional muslimah engineer. Adios~
~Future professional muslimah engineer, Insya-Allah~
Salam ,menarik cerita akak ..saya ingin intern di carsem ..adakah carsem sesuai untuk pelajar latihan industri mendapat pengalaman yg sebaiknyaa ..btw saya pelajar politeknik sem 5 kos mekanikal pembuatan
ReplyDeletewasalam. Terima kasih kerana sudi membaca. Untuk intern, tak digalakkan sangat untuk apply Carsem sebab peluang untuk hands on agak terhad. Tapi, jika betul-betul berminat dengan semikonduktor, boleh cuba intern kat Carsem. At least, dapat gambaran proses pembuatan semikonduktor.
ReplyDeletestill keje lagi ke
DeleteSaya tidak lagi bekerja di carsem.
DeleteRasa semangat semula bila baca cerita awak. Saya dah grad last year tpi xberpeluang lg untuk mendapat kerjaya sebgai engineer atas dasar xde pengalaman dan kesesuaian jantina. Ada tips boleh dikongsikan x?
ReplyDeleteSaya pun orang biasa-biasa saja. Mungkin dah rezeki dapat kerja kat situ. Tak dinafikan kebanyakan company nak ambil pekerja yang sudah mempunyai pengalaman kerja. Tapi, tak semestinya tiada pengalaman kerja bermakna kita tak bagus. Apa yang saya boleh share beberapa tips yang paling penting ialah:-
Delete1) mohon parents doakan dan restu dengan kerja kita. Sebab redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah kita, insyaAllah dipermudahkan segala urusan semasa interview kerja nanti.
2) buat sedikit research tentang company yang kita mohon. bgtau apa yang boleh kita sumbangkan kpd company based on apa yang kita pelajari di universiti.
3) buat sedikit research tentang skop kerja jawatan yang dipohon. tunjukkan yang kita mampu laksanakan tanggungjawab tersebut dan kita minat dengan skop kerja tu. macam mana nak tunjuk? maybe boleh kaitkan dgn penglibatan koko time kat universiti or sekolah.
4) study theory penting dalam engineering. ada sesetengah company yang akan minta kita selesaikan problem on the spot depan panel semasa temuduga. buktikan yang kita ada basic knowledge yang kuat dalam engineering.
5) banyakkan senyum dan selawat sepanjang interview. yakin dengan Allah, apa yang Allah tentukan itulah yang terbaik untuk kita. Senyum je walaupun kena psycho teruk time interview. live must go on. :)
-Selamat berjaya mencari kerja. Saya doakan semoga awak berjaya mendapat kerja yang terbaik untuk awak-
salam. tumpang tanya,saya major dlm electronic(communication) engineering, jadi sesuai tak bagi sis kalau saya apply intern kat sini?
ReplyDeletewasalam, nadyafadzil. untuk electronic background, kebanyakan mereka terlibat dengan test wafer probe di bahagian test untuk tengok sama ada die berfungsi dengan baik dengan adjust parameter tertentu. untuk bahagian communication, rasanya mungkin tak begitu related sangat dengan semikonduktor. tetapi, kalau memang betul-betul berminat microelectronic, boleh cuba apply Carsem.
DeleteAssalamualaikum cik/puan, selain basic, ade elaun lain x kat carsem ni? Hehehe sje tnye
ReplyDeleteWaalaikumussalam, maaf lambat reply. Elaun bergantung pada jawatan. Kalau engineer fresh degree tak ada elaun lain. untuk jawatan lain, saya tak pasti.
Deletesalam, nk drop resume boleh? hehe
ReplyDeletewasalam, maaf, sekarang saya tidak lagi bekerja di carsem. jika berminat, boleh la follow fb Kerja Kosong/Vacancy Carsem Ipoh untuk mendapatkan maklumat semasa berkenaan jawatan kosong di carsem.
DeleteSalam, saya nak tanya.macam mana yee graduate development program di carsem?
ReplyDeleteWasalam. Saya join graduate engineer program di carsem intake ogos 2015. Pada masa itu, struktur program GEP ialah training 2 minggu > presentation > attachment dengan department yang ditentukan (dipantau HR selama 6 bulan)> pembentangan projek (based on department sepanjang 6 bulan) > confirm jawatan. Pada masa tu, GEP trainee ada ikatan 'kontrak' dengan Carsem selama satu tahun.
DeleteUntuk tahun 2018, saya pun tak pasti bagaimana formatnya. Saya sekadar berkongsi pengalaman saya pada 2015. :)
salam saya baru terima tawaran dari carsem untuk jawatan technician test, apa kelebihan kerja disana ye? sya dah ade pnglaman dalam r&d selama 3 tahun, rase gaji untuk non exucetive berbaloi tak untuk kerja di sana? enviroment kerja disana mcm mne ok ke?
ReplyDeleteWasalam. Tahniah kerana mendapat tawaran tersebut. Kelebihan kerja di sana ialah byk hands on machine, medical benefit, fully aircond (dpt feel macam oversea sikit. hehe.), non-uniform, rehat lunch satu jam. Bagi non executive, ganjaran OT sangat menarik. Technician ada yg kerja normal ada juga yg kerja shift. Dari segi gaji, kalau ada rezeki, boleh buat OT selalu, insyaAllah berbaloi. Dari segi environment, standard kerja kilang mmg stress sbb semua benda urgent nak cepat, utamakan 5S dan task yang terlalu banyak. Tapi kalau dapat bos yg best, sume pun ok.
DeleteSalam.. saya ingin bertanya, kerja test technician di carsem ni macam mana ye?? cara kerja dan OT macam mana ye?
ReplyDeletewasalam. Maaf, saya kurang pasti skop kerja test technician, sebab saya tak terlibat secara langsung dengan test department. Secara general, technician akn handle machine dan akan menerima arahan daripada assistant engineer atau engineer. saya pun tak pasti rate OT sekarang macam mana sebab saya dah lama berhenti kerja carsem. Apa yang saya tahu, rate OT utk technician yang bekerja shift agak berbaloi.
DeleteNerves...esok start keje di carsem. Proses DA...
ReplyDeletetahniah. all the best kerja! :)
DeleteMase awak under GEP ni dulu, berape elaun yang Carsem bagi ye ?
ReplyDeleteDapat gaji basic je. Elaun takde.
DeleteNak tnye if dah iv dengan carsem then pihak carsem dah call utk nego gaji, adakah itu bermakna pihak carsem dah terima kita bekerja? Mohon pencerahan sis..
ReplyDeleteadakah pihak carsem panggil untuk buat medical checkup dan nyatakan tarikh mula bekerja? boleh dapatkan maklumat lanjut dengan bertanya kepada recruiter.
DeleteSlm Hanie , tumpang tanya , carsem ada bagi hostel tak utk technician ? Kalau xde kat mana penginapan terdekat dgn carsem yg ada kemudahan bas atau jalan kaki@ menapak , tk
ReplyDeleteWasalam. Setahu saya, untuk pekerja local carsem tak ada sediakan hostel. Jika nak menyewa, saya cadangkan untuk menyewa di sekitar taman jati atau manjoi. Untuk pengangkutan, boleh minta HR arrange bas.
Deleteklu performance xok, diorg tetap akan buang staff tu. klu dpt bos cina yg xok and selalu nk aim melayu, habis la.. memang xkan lama . jangan percaya janji manis program Hong Leong .
ReplyDeleteKalau performance tak ok, mana-mana company pun akan buang staff. Tambah pulak dalam keadaan kemelesetan ekonomi. Jadi kita sebagai pekerja, jaga displin dan buat kerja betul-betul. Sekiranya dibuang tanpa sebab yang munasabah, boleh buat report kepada jabatan buruh. Semoga keadilan dapat ditegakkan.
DeleteAssalamualaikum... nak tnya... mcmmna apply GEP tu ye??? Sbb saya deg in industrial phy... makor in semicon processing technique... lg pon sya fresh grad...
Deletewasalam, saya apply GEP melalui jobstreet. selalunya buka dalam bulan 6 or 7 utk intake bulan 8.
Delete