Alhamdulillah hari ni aku diberi peluang lagi untuk menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang sihat wal afiat. Diberi kesihatan yang baik dan masih dikurniakan nikmat iman dan Islam. Bercerita pasal hati, hati ni memang sesuatu yang sukar untuk dijaga.
Aku sering mengeluh.
"Ya Allah, kenapa aku dipilih untuk buat sesuatu yang aku tak suka?"
" Ya Allah, aku rasa hidup ni tak bermakna lagi."
" Ya Allah, kenapa aku rasa susah sangat?"
Aku sering saja berputus asa dalam menghadapi ujian. Jika aku dapat result yang teruk dalam exam, aku terus saja menyalahkan diri sendiri dan takdir. Aku fikir result yang teruk menyebabkan masa depan aku gelap. Aku rasa susah hati sangat dengan result aku. Sampai satu tahap aku berputus asa dan malas untuk berusaha lagi.
Tapi, kini baru aku sedar. Result bukanlah penentu masa depan. Allah yang tentukan masa depan. Kenapa aku perlu bersusah hati sedangkan Allah sentiasa ada untuk temani hambaNYA? Sedangkan ulat yang hidup dalam batu pun boleh survive dengan izin Allah, apatah lagi aku ni, manusia yang sebaik-baik ciptaan Allah? Allah bagi aku banyak sangat nikmat, namun, aku sering terlepas pandang nikmat yang sedia ada. Aku asyik mengejar yang tidak ada di depan mata sehingga aku tidak nampak apa yang Allah dan bagi pada aku selama ni.
Ingatlah, Allah ada sebaik-baik penentu. Tugas kita adalah berusaha sebaik mungkin untuk capai matlamat hidup iaitu untuk berjaya di dunia dan akhirat. Letakkan tawakkal di permulaan, ketika dan sesudah melakukan kerja. Salam imtihan.
Yang benar,
Sweetie Hanie :p
p/s: nukilan di kala menghadapi final exam sem 1 2014/2015. Semoga Allah berkati segala ilmu dan usahaku. AMIN
No comments:
Post a Comment